DUA2012
SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
(QURAN
SAINTIFIK : MENEROKA KECEMERLANGAN AL
QURAN
DALAM MEMBINA
PERADABAN MANUSIA)
DISEDIAKAN KEPADA : USTAZAH HAYATI
BINTI TALIB
DISEDIAKAN OLEH :
|
NAMA
|
NO.MATRIK
|
|
1. NUR
AZIAH BINTI ALIAS
|
02DSB17F1001
|
|
2. NUR ASIYAH BINTI MOKTAR
|
02DSB17F1007
|
|
3. NUR ASYIQIN BINTI AZMIN
|
02DSB17F1009
|
|
4. ROHASNIZA BINTI RAZILAH
|
02DSB17F1011
|
|
5. SHAFIRAH ARFAH BINTI SHAFRI
|
02DSB17F1023
|
|
6. NUR IZZAH ATHIRAH BINTI MD ZAUTI
|
02DSB17F1025
|
ISI KANDUNGAN
|
Bil.
|
Kandungan
|
m/s
|
|
1.
|
Pengenalan
|
1
|
|
2.
|
Definisi
Al-Quran
|
2-3
|
|
3.
|
Al-Quran
sumber peradaban manusia
|
4-7
|
|
4.
|
Pengenalan
kepada tamadun
|
8-10
|
|
5.
|
Kemunculan
tamadun Islam dan perkembangannya di Makkah
|
11-13
|
|
6.
|
Manusia
dan masyarakat
|
14
|
|
7.
|
Sistem ekonomi
Islam
|
15
|
|
8.
|
Politik dan
kenegaraan Islam
|
16-18
|
|
9.
|
Sumbangan
Islam dalam bidang ilmu berlandaskan Al-Quran
|
19-21
|
|
10.
|
Nuzul Quran
dan peradaban manusia
|
22-24
|
|
11.
|
Firman
Allah
|
25
|
|
12.
|
Penutup
|
26
|
|
13.
|
Rujukan
|
27
|
PENGENALAN
Allah S.W.T telah menurunkan kitab suci Al-Quran
kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Allah S.W.T menyeru umat
manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan
kebenaran. Bermula saat Al-Quran diwahyukan sehingga ke hari penghitungan
kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat
manusia. Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terkandung
dalam Al-Quran adalah bukti yang amat jelas hanya ianya adalah kalam suci Allah
S.W.T.
Al-Quran telah memberikan sumbangan yang besar
terhadap peradaban dan ketamadunan manusia. Antara sumbangan terbesar adalah
Al-Quran dijadikan petunjuk kepada kehidupan yang berteraskan akidah yang
sebenar, dijadikan panduan melalui peraturan dan undang-undang dalam menjalani
kehidupan seharian yang dinamakan syariat dan juga dalam aspek pembinaan
keperibadian manusia iaitu akhlak. Ketiga-tiga elemen iaitu akidah, syariat dan
akhlak mampu membentuk peribadi insan yang sempurna yang merangkumi roh, akal
dan jasad.
Kertas kerja ini akan menyentuh mengenai
kecemerlangan Al-Quran dalam pembinaan peradaban dan ketamadunan manusia,
mengenengahkan kandungan Al-Quran berkaitan perkembangan era ketamadunan Islam,
aspek keilmuan yang merupakan teras ketamadunan, aspek kehidupan manusia dalam
bermasyarakat, aspek ekonomi, politik dan kenegaraan, aspek keadilan serta
kecemerlangan dan aspek yang berkaitan dengan isu-isu semasa merangkumi isu
keruntuhan sistem kekeluargaan, isu rasuah, isu pencemaran dan isu pengabaian
orang tua.
DEFINISI AL-QURAN
Al-Quran atau Quran
ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut Islam, Al-Quran ialah wahyu yang
Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril
yang sampai ke zaman sekarang secara mutawir. Perihal diturunkan Al-Quran
mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Dalam satu ayat
yang terdapat di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. berfirman :
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Quran) dan Kamilah
yang akan menjaganya”. (Al-Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari
segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan
firman Allah S.W.T. :
“Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan
Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu) ; Oleh
itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan
Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala
dari segi istilah pula, Al-Quran ialah qalam Allah S.W.T. yang bermukjizat
diturunkan kepada Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril dalam
bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah
ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.
Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang
membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., dan kewujudan
Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Membaca Al-Quran serta
menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab
panduan hidup manusia dan rujukan utama umat Islam di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan
secara mutawatir (berperingkat atas sebab penurunannya), dan mashaf yang lazim
ditemui hari ini dikenali sebagai mashaf Uthmani.
Al-Quran diturunkan sedikit demi
sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat
dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-Quran
diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada
segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari
mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 2 bulan dan 22 hari,
bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah
9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh
Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran
kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada
masa Sayidina ‘Uthman r.a.
Kesimpulannya, sudah terang lagi
bersuluh ketinggian kedudukan Al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan
dapat mengubah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia
dengan akhirat. Al-Quran adalah qalam Allah S.W.T. yang paling agung dan tiada
yang dapat menandingi akan kehebatannya.
AL-QURAN SUMBER PERADABAN MANUSIA
Islam
sebagai agama yang membawa rahmat untuk semesta alam, lahir di kota Makkah dan
tumbuh berkembang di Madinah, dan seterusnya tersebar ke setiap sudut jazirah
Arab serta akhirnya menyebar ke seantero dunia. Kehadiran Islam ini telah dapat
mewujudkan suatuperadaban yang terkemuka dan peradaban ini dikenal dengan “
peradaban Islam”. Peradaban Islam merangkumi seluruh aspek kebutuhan hidup
manusia, bahkan berimbas kepada semua makhluk ciptaan Tuhan. Al-Qur’an
dijadikan sebagai sumber pokok pembentukan peradaban ini.
Al-Qur’an
merupakan kitab Allah yang lengkap dan sempurna sebagaimana yang dijelaskan
dalam surah Fussilat ayat 42. Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang menjadi petunjuk
kepada siapa saja yang mahu menilainya, menjadikannya contoh dan perbandingan serta
pengajaran kepada manusia. Hukum, nasihat dan teladan dijelaskan dalam
al-Qur’an, sehingga bagi yang mahu mengaplikasikan dalam kehidupan akan dapat
menciptakan kemaslahatan kehidupan manusia. Dalam surah al-An’am ayat 38 Allah
berfirman:
“Dan tidak seekor pun binatang yang melatari bumi,
dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan
mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab
Al-Quran ini : kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan).”
Melalui
ayat ini, dijelaskan bahawa Allah telah menyebutkan segala sesuatu didalam
al-Qur’an, segala sesuatu yang boleh membawa kebaikan dan kesejahtaraan manusia
tidak dialpakan, bahkan apa saja yang disyari’atkan kepada mereka bersifat jelas
dan umum agar sesuai dengan situasi dan keadaan zaman serta sesuai dengan
tempat dan ruang kehidupan mereka. Kita perlu menyedari bahawa tidak semua ayat-ayat
al-Qur’an diturunkan jelas dan tegas. Oleh sebab itu, pentafsiran lebih lanjut
diperlukan untuk memperjelas dan mempertegas maksud dan tujuan Allah menurunkan
ayat-ayat tersebut.
Al-Qur’an
menjadi “inspirasi” bagi umat Islam, terutamanya dalam hal berkemajuan dan
berperadaban. Kerana ia merupakan sumber utama (primary source) bagi ajaran
Islam. Namun sudah tentu akan muncul sebuah pertanyaan: Jika Al-Qur’an menjadi
“inspirasi” bagi peradaban Islam, sisi mana yang menjadi bukti kuat bahwa ia
benar-benar menjadi dasar untuk itu?
Sejak turunnya wahyu pertama,
Iqra’, Allah sejatinya telah menegaskan bahwa Islam adalah agama ilmu
pengetahuan. Itu sebabnya sejak awal turunnya wahyu kepada Rasulillah Saw.
Allah telah menyebutkan media ilmu pengetahuan yang paling ampun: membaca.
Setelah membaca kemudian Allah menyebutkan kata ‘ilmu’ dan pena (al-qalam).
Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī menyebutkan bahwa “mewahyukan” akan keutamaan Islam di atas
perkara lainnya. Segala urusan harus dimulakan dengan ilmu dan amal harus
dibuka dengan ilmu. Di dalam Firman-Nya itu pula Allah Swt. menyebutkan
perintah membaca (Iqra’) sebanyak dua kali: Iqra’ bismirabbika dan Iqra’ wa
Rabbuka al-akram. Ini menegaskan bahwa membaca (al-qirā’ah) merupakan “pintu” dan “kunci” ilmu. Ringkasnya, Al-Quran menyimpan
selaksa “inspirasi” dan ilhām untuk kemajuan manusia, khususnya
umat Islam. Sehingga ia harus dijadikan sebagai sumber otentik dan fundamental
bagi kemajuan dan peradaban Islam.
Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji
serta melarang manusia melakukannya. Al-Quran melarang manusia minum arak,
memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum
menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan.
Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.
Al-Quran mengajak manusia supaya
mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik
terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran,
bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan
berbudaya ilmu.Al-Quran juga mengajar manusia supaya berhati lembut, berjiwa
mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak
manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Golongan belia adalah golongan
yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat dan merupakan golongan yang
mempunyai bilangan yang sangat ramai dan merupakan golongan untuk membangunkan
negara pada masa akan datang. Seharusnya golongan belia ini mempunyai satu
kehidupan yangmempunyai hala tuju baik untuk mereka sendiri ataupun sebagai
warganegara Malaysia. Merujuk Swee, belia yang umurnya antara 15-29 tahun
mewakili 26.3% daripada keseluruhan jumlah penduduk pada tahun 2015 nanti.
Populasi belia merupakan kumpulan paling dominan pada tahun 2020. Unjuran
statistik padatahun 2000 menggambarkan peningkatan belia berumur bawah 40 tahun
adalah tinggi sehingga mencecah 50.0% pertambahannya dan mereka akan mewakili
dua pertiga Malaysia (31 juta belia) manakala populasi kumpulan belia berumur
15 hingga 24 tahun adalah sekitar satu pertiga (10 juta - anggaran unjuran berdasarkan
statistik tahun 2000, 75 peratus berumur bawah 40 (16.5 jutadaripada 22 juta
rakyat Malaysia).
Rentetan itu, segala perilaku dan
aktiviti golongan belia ini sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada pembangunan
masyarakat sosial berbilang kaum di Malaysia ini. Salah satu perkara asas yang
paling penting adalah isu kepercayaan kepada agama dan peranan agama itu
sendiri kepada golongan belia ini.
Agama sememangnya telah banyak memberikan sumbangan kepada kehidupan dan
ketamadunan manusia. Salah satu daripada sumbangan agama kepada kehidupan dan
ketamadunan manusia ini adalah melalui peranannya yang membentuk pandangan alam
manusia, mengawal segala kelakuan dan tingkah laku manusia, serta menyediakan
sistem kerohanian yang berupaya menjawab pelbagai persoalan besar (ultimate
questions) yang bersifat ontologikal dan metafizik serta sentiasa menggusarkan
diri manusia sekiranya tidak difahami dengan baik. Malah menurut beberapa
pandangan ahli psikologi klasik dan moden, agama sememangnya membantu dalam
membentuk kehidupan seseorang dengan membentangkan pemahaman yang diperlukan
oleh seseorang berkenaan maksud kehidupan yang termasuk dalamnya asal
kehidupan, tujuan dan akhir perjalanan kehidupan manusia atau Fiqh al-Hayah.
Melalui pemahaman yang asas inilah, maka seseorang itu dapat menjalankan
kehidupan sehariannya dengan penuh fokus dan yakin dengan apa yang
dipercayainya.
PENGENALAN KEPADA TAMADUN
Secara umumnya pengertian tamadun
dan tamadun Islam mempunyai kaitan daripada aspek bahasa dan istilah.
Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui
sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut
bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun.
Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Ibn
Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan
Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah urnran, Umran
digunakan dalam kajian tentang bandar- bandar atau ibu kota yang memiliki
kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang
subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah
sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah suatu daerah,
kota, bandar, kampung atau tanah yang riinsahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab
moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan
kota-kota dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun. Dari sudut
epistemologi, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan
kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini
menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun
manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan
kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara.
Selain daripada definisi di atas,
terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan
tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan
insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya" . Ibn Khaldun, sebelum
ini menghuraikan maksud tamadun Islam atau peradaban sebagai "pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai-nilai sent." Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu
al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat
yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun
Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau
bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada
oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang
dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang
kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t.). Manakala
golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemenntahan Islam
dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan
golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan buku-buku daripada
tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang
pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip
Islam.
Selain beberapa istilah yang telah
digunakan untuk merujuk kepada tamadun atau peradaban, istilah tamadun dapat dihubungkan
dengan istilah kebudayaan. Namun begitu, antara tamadun dengan budaya wujud
jurang pengertian yang berbeza terutamanya dari segi jangka hayat, iaitu
tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan manakala budaya
mempunyai jangka hayat yang pendek dan sentiasa mengalami perubahan dan
pembaharuan. Unsur-unsur kebudayaan yang berkekalan hayatnya akan dianggap
sebagai unsur-unsur tamadun. Kebudayaan mengandungi beberapa unsur yang
bersifat sejagat atau universal, iaitu yang terkandung dalam semua kebudayaan
di dunia ini. Antara unsur-unsur bersifat sejagat ini ialah pertama, peralatan
dan kelengkapan keperluan kehidupan manusia termasuklah pakaian, perlindungan
(rumah), peralatan senjata, alat-alat pengeluaran dan sebagainya. Kedua, sistem
perekonomian dan mata pencarian kehidupan. Ketiga, sistem kemasyarakatan,
sistem keluarga, organisasi politik dan sebagainya. Keempat, bahasa sebagai
alat komumkasi sama ada bahasa secara lisan ataupun melalui sistem tulisan; dan
kelima, sistem ilmu pengetahuan.
Dalam konteks ini, terdapat
sekumpulan sarjana sains kemasyarakatan, antaranya pengikut aliran Max Weber,
yang membahagikan kebudayaan kepada dua kategon iaitu pertama, kebudayaan
berbentuk kerohaman dan kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan. Kategori kedua,
kebudayaan berbentuk kebendaan inilah yang dinamakan civilization yang bermakna
tamadun atau peradaban.
Berdasarkan ketamadunan Islam,
kebudayaan Islam diertikan sebagai suatu cara kehidupan, cara berfikir dan cara
berasa ketakwaan dalam seluruh bidang kehidupan sekelompok manusia yang
membentuk kesatuan sosial dalam satu ruang dan waktu. Dalam konteks ini,
kebudayaan tertakluk kepada prinsip dan merupakan lanjutan dari agama dan
membentuk integrasi yang lengkap dengan agama. Pembentukan kebudayaan atau
kebudayaan Islam ini tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui
sumber-sumber asas perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Sekiranya
berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan dengan Islam, maka ia dianggap
sebagai kebudayaan bukan Islam.
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
Jahiliah bermaksud jahil atau
tidak tahu serta tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Diberi gelaran masyarakat
jahiliah kerana tidak mahu menerima kebenaran dan ajaran para nabi dan rasul
sebelumnya. Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua iaitu masyarakat badwi dan
hadhari mereka tidak menyembah Allah, mereka menyembah berhala dan animism,
kehidupan masyarakatnya kucar-kacir, tiada panduan daripada kitab, nabi dan
rasul kepada masyarakat. Mempunyai akhlak yang rendah seperti kejam, zalim
angkuh dan sebagainya.
Wanita dipandang rendah dan hina.
Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral. Lelaki boleh berkahwin sebanyak
mungkin. Golongan miskin ditindas. Riba dan penindasan berleluasa. Merompak dan
merampas barangan dibenarkan. Mengamalkan sistem kabilah dan semangat asabiah
yang kuat. Empat bentuk kepercayaan iatu agama Wathani (sembah berhala) agama
Samawi (Kristian dan Yahudi), agama Hanif iaitu agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim
dan nabi Ismail dan kepercayaan khurafat.
Kesan-kesan semangat assabiah
ialah mementingkan kepada suku kaumnya sahaja dan kerap mencetuskan peperangan
dan pergaduhan. Sistem kabilah melahirkan perasaan kesukuan yang menebal dan
sangat fanatik. Ia mewujudkan masyarakat yang kucar kacir dan tidak aman.
Nabi Muhammad SAW berasal daripada
keturunan Qusai bin Kilab iaitu pemimpin Makkah. Nama sebenarnya Muhammad bin
Abdullah. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya bernama Aminah binti
Wahab. Baginda dilahirkan pada 20 April 570 Masehi pada malam Isnin bersamaan
12 Rabiulawal.Pengalaman baginda ialah pernah bekerja sebagai pengembala
kambing dengan Abu Talib. Terlibat dalam perniagaan sejak berusia 12 tahun.
Membantu bapa saudaranya Abu Talib dalam perniagaan di Syam dan menjalankan
perniagaan Khadijah bt. Khuwailid. Baginda berkahwin dengan Khadijah bt.
Khuwailid ketika berusia 25 tahun.Baginda memiliki empat sifat terpuji iaitu,
Siddiq (benar) Amanah (amanah), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana).
Rasa rendah diri dalam pergaulan dengan semua masyarakat dan mempunyai sikap
pemaaf. Baginda mempunyai sifat pengasih dan bertimbang rasa. Digelar al-Amin
kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai. Sering berfikir
untuk mencari kebenaran dengan bertahanuth seorang diri di Gua Hira yang
terletak di bukit Nur.
Selepas 6 tahun bertahan, akhirnya
pada 6 ogos 610 Masehi bersamaan dengan 17 Ramadhan, wahyu pertama telah
diturunkan melalui malaikat Jibrail.Wahyu pertama yang diturunkan ialah Surah
Al-Alaq ayat 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam supaya lakukan amalan membaca.
Wahyu kedua diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW daripada surah Al-Muddasir ayat
1 – 7 yang menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dakwah Islamiyah secara
rahsia berjalan selama 3 tahun yang hanya ditujukan kepada ahli keluarga,
sahabat dan kerabat baginda. Kaedah yang digunakan untuk berdakwah secara
rahsia ialah, ceramah secara rahsia dan ajak secara persaorangan. Dakwah secara
terbuka dilakukan selama 10 tahun di Makkah dan cara ini dilakukan setelah
mendapat perintah daripada Allah daripada surah al-Hijr. Kaedah yang digunakan
untuk berdakwah cara ini ialah; ceramah di rumah dan seruan secara terbuka.
Ajaran Islam memberi layanan yang
sama rata terhadap semua manusia. Ajaran Islam menekankan persamaan taraf,
tolong menolong dan saling membantu. Pada peringkat awal, tumpuan dakwah kepada
ahli keluarga dan sahabat yang rapat dilakukan secara rahsia. Orang Arab
Quirasy telah menentang ajaran Islam yang dibawa oleh rasulullah kerana perbezaan
kepercayaan iaitu mereka menyembah berhala sedangkan Islam memerintahkan agar
menyembah Allah SWT. Takut pengaruh mereka tergugat kerana mengiktiraf
kepimpinan Nabi bererti pengaruh dan kedudukan mereka akan diambil alih. Mereka
enggan menerima konsep persamaan taraf kerana ianya akan menjejaskan ekonomi
mereka kerana aktiviti pembuatan dan pengukiran berhala akan diharamkan.
Mereka telah menyeksa sesiapa yang
memeluk Islam dengan kejam, antaranya ialah Bilal bin Rabah yang dijerut leher
dengan tali oleh tuannya iaitu Umaiyah bin Khalaf namun imannya tidak goyah.
Kemudian, keluarga Yasir yang keluarganya telah dijemur di padang pasir hingga
Yassir dan isterinya, Sumaiyah gugur syahid. Amir bin Fuhairah yang diseksa
dengan kejam oleh tuannya hingga gila. Akhir sekali, Zunainah yang diseksa oleh
Abu Lahab hingga matanya buta.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW telah ditentang dengan pelbagai cara seperti diganggu semasa
beribadat. Penyair Arab mengejek ajaran Nabi Muhammad SAW melalui puisi mereka.Mereka
telah melemparkan tohmahan dan pelbagai tuduhan. Mereka juga memujuk Nabi agar
meninggalkan dakwah Islam dengan menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta
tetapi ditolak. Mereka melakukan pemulauan terhadap keluarga nabi. Apabila
berlaku penentangan yang hebat daripada kaum Quirasy, nabi telah membenarkan
orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan. Pemilihan
Habsyah kerana rajanya iaitu Najasyi adalah raja yang baik dan masih
mengamalkan ajaran yang terkandung dalam kitab Injil. Menjalankan dakwah ke
Thaif, nabi bersama Zaid bin Harithah telah cuba untuk pergi berdakwah di Thaif
tetapi tidak diterima oleh penduduk Thaif. Berhijrah ke Madinah, berlaku pada
tahun 622 Masehi setelah mendapat perintah daripada Allah SWT. Setelah berlaku
penghijrahan ke Madinah, Nabi Muhammad SAW telah berjaya menjadikan Madinah
sebagai sebuah negara Islam yang unggul.
MANUSIA DAN MASYARAKAT
Manusia dapat diertikan dalam
pelbagai cara, baik secara biologis, rohani, kebudayaan, mahupun campuran.
Masyarakat adalah sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem semi tertutup
(atau semi terbuka), dimana sebahagian besar interaksi adalah antara
individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Kata “masyarakat”
sendiri berasal dari kata dalam bahasa Arab, musyarak. Lebih abstraknya, sebuah
masyarakat adalah suatu jaringan hubungan antara satu sama lain. Masyarakat
adalah sebuah komuniti yang saling bergantung satu sama lain. Umumnya, istilah
masyarakat digunakan untuk ditujukan kepada sekelompok orang yang hidup bersama
dalam satu komuniti yang teratur.
Menurut Syaikh Taqyuddin
An-Nabhani, sekelompok manusia dapat dikatakan sebagai sebuah masyarakat
apabila memiliki pemikiran, perasaan, serta sistem atau aturan yang sama.
Dengan persamaan tersebut, manusia kemudian berinteraksi sesama mereka
berdasarkan kemaslahatan.
Masyarakat sering diorganisasikan
berdasarkan cara utamanya dalam bersosial. Pakar ilmu sosial
mengidentifikasikan terdapat masyarakat pemburu, masyarakat pastoral nomadis,
masyarakat bercucuk tanam dan masyarakat agrikultural intensif, yang juga
disebut masyarakat peradaban. Sebahagian pakar menganggap masyarakat industri
dan pasca-industri sebagai kelompok masyarakat yang terpisah dari masyarakat agrikultural
tradisional.
Masyarakat dapat pula
diorganisasikan berdasarkan struktur politik berdasarkan turutan kompleksitasi
dan besar, terdapat masyarakat band, suku, chiefdom, dan masyarakat negara. Kata
society berasal dari bahasa latin, societas, yang bererti hubungan persahabatan
dengan yang lain. Societas diturunkan dari kata socius yang bererti teman,
sehingga arti society berhubungan erat dengan kata sosial. Secara implisit,
kata society mengandung makna bahwa setiap anggotanya mempunyai perhatian dan
kepentingan yang sama dalam mencapai tujuan bersama.
SISTEM EKONOMI ISLAM
Sistem
ekonomi pertama di muka bumi adalah ekonomi islam. Terbukti di zaman Rasulullah
S.A.W pada saat itu Nabi Muhammad mengajar para sahabatnya bagaimana cara
berdagang yang benar, jujur dan adil. Dan Rosul juga mengajarkan kepada umatnya
untuk mengasingkankan 25% dari hartanya untuk di sedekahkan kepada orang orang
yang memerlukan. Hal ini bertujuan agar tidak ada jurang antara si miskin dan
si kaya. Orang kaya memberikan sedikit daripada hartanya untuk orang miskin.
Dengan demikian sudah terbukti bahawa ekonomi islam sudah ada pada zaman Rasulullah,
akan tetapi seiring dengan perkembangan zaman baru yang menganut ekonomi
liberalisme, komando atau sosialisme dan kapitalisme. Mereka hanya mengambil
sebahagian dari prinsip ekonomi islam yang bagi mereka boleh diterima akal dia
ambil, jika tidak maka mereka menolaknya.
Sistem
ekonomi islam adalah sistem ekonomi yang dijalankan berdasarkan syariat islam
atau aturan-aturan Allah. Sistem ini bertitik tolak dari Allah, bertujuan akhir
pada Allah, dan menggunakan saranan yang tidak lepas dari syariat islam. Dalam
segala kegiatan ekonomi yang dilakukan manusia harus bersesuaian dengan
ketentuan Allah, baik dalam hal jual beli, simpan pinjam mahupun investasi.
Dalam islam konsep pemilikan harta, harta sepenuhnya adalah milik Allah
sementara manusia sebagai khalifah atas harta tersebut. Selain itu juga islam
sangat melarang manusia melakukan tindakan Maisyir, Gharar, Haram, Dzalim,
ikhtikar dan Riba.
Walaupun belum ada negara yang
menerapkan sistem ekonomi islam secara utuh, bahkan di negara Arab yang dimana islam diturunkan mereka belum
menerapkan seutuhnya. Akan tetapi ekonomi islam memiliki ciri ciri yang menyempurnakan
sistem ekonomi lainnya iaitu komando dan liberal. Antara ciri-ciri sistem
ekonomi islam ialah hak indifidu diakui namun diberi batasan batan, hak umum
atau umat diakui dan diutamakan dan hak umum harus didahului dari hak individu
jika itu sangat mendesak atau darurat.
POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM
Dasar-dasar pemerintahan Islam Di
Malaysia. Diantara teori dan realiti dari aspek. Sistem pemerintahan Islam
adalah sebuah sistem yang lain sama sekali dengan sistem sistem pemerintahan
yang ada di dunia. Baik dari aspek asas yang menjadi landasan berdirinya,
pemikiran, pemahaman serta hukum-hukum yang dipergunakan untuk melayani
kepentingan umat, mahupun dari aspek undang-undang dasar serta undang-undang
yang digunakan, ataupun dari aspek bentuk yang menggambarkan wujud sesebuah
negara, mahupun hal-hal yang menjadikannya perbezaan sama sekali dari seluruh
bentuk pemerintahan yang ada di dunia ini.
Sistem pemerintahan Islam tidak
berbentuk monarki. Bahkan, Islam tidak mengakui sistem monarki, mahupun yang sejenis
dengan sistem monarki. Kalau sistem monarki, pemerintahannya menerapkan sistem
waris (putra mahkota), dimana singgahsana kerajaan akan diwarisi oleh seorang
putra mahkota dari ibu bapanya, contohnya mereka mewariskan harta warisan.
Sedangkan sistem pemerintahan Islam tidak mengenal sistem waris. Namun,
pemerintahan akan dipegang oleh orang yang dibai'at oleh umat dengan bebas
memilih. Sistem monarki telah memberikan hak tertentu serta hak-hak istimewa
khusus untuk raja saja, yang tidak akan boleh dimiliki oleh orang lain. Sistem
ini juga telah menjadikan raja di atas undang-undang, dimana secara peribadi
memiliki kekebalan hukum. Dan kadangkala raja hanya simbol bagi umat, dan tidak
memiliki apa-apa kuasa, sebagaimana raja-raja di Eropah. Atau kadangkala
menjadi raja dan sekaligus berkuasa penuh, bahkan menjadi sumber hukum dimana
raja bebas mengendalikan negeri dan rakyatnya dengan sesuka hatinya,
sebagaimana raja di Saudi, Maroko, dan Yordania.
Bertentangan dengan sistem Islam,
sistem Islam tidak pernah memberikan kekhususan kepada khalifah atau imam dalam
bentuk hak-hak istimewa atau hak-hak khusus. Khalifah tidak memiliki hak,
selain hak yang sama dengan hak rakyat biasa. Khalifah juga bukan hanya sebuah
simbol bagi umat yang menjadi khalifah namun tidak memiliki kekuasaan apa-apa.
Disamping khalifah juga bukan sebuah simbol yang berkuasa dan membolehkan
memerintah serta mengendalikan negara serta rakyatnya dengan sesuka hatinya.
Namun, khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan,
yang mereka pilih dan mereka bai'at dengan penuh redha agar menerapkan syari'at
Allah atas diri mereka. Sehingga khalifah juga tetap harus terikat dengan
hukum-hukum Islam dalam semua tindakan, hukum serta pelayanannya terhadap
kepentingan umat.
Disamping itu, dalam pemerintahan
Islam tidak mengenal wilayatul ahdi (putra mahkota). Justeru itu, Islam menolak
adanya putra mahkota, bahkan Islam juga menolak mengambil pemerintahan dengan
cara waris. Islam telah menentukan cara mengambil pemerintahan iaitu dengan
bai'at dari umat kepada khalifah atau imam, dengan penuh adil dan bebas
memilih. Para ilmuwan Muslim membahaskan masalah ini dengan panjang lebar. Ada
berpendapat menyatakan Islam tiada sama dengan demokrasi, ada juga yang
berpendapat ia adalah sama dengan demokrasi. Ada yang berpendapat, di sana ada
persamaan dan juga perbezaan. Fahmi Huwaidi dalam bukunya al-Islam wa
al-Dimuqratiyah menjelaskan bahawa dua keadaan yang menjadi kesalahan besar
kepada Islam iaitu ketika seseorang yang menyatakan Islam sama dengan demokrasi
dan ketika ia menyatakan Islam menentang demokrasi. Sesungguhnya perkara ini
memerlukan kepada kebebasan dan penjelasan yang mendalam.
Dr. Dyiauddin al-Ris dalam bukunya
yang bertajuk Nazariah al-Siyasah al-Islamiah menyebut kalimah ‘bangsa’ atau ‘rakyat’
dalam sistem demokrasi hanya terhad dalam rakyat negara tërsebut atau dikenali
sebagai ‘Nasionalisme’. Bangsa tersebut dibatasi oleh sempadan geografi, yang
hidup dalam satu iklim di mana individu-individu tersebut terikat oleh ikatan
darah, jenis, bahasa dan kebudayaan. Menurut Islam, umat tidak harus terikat
oleh sesuatu tempat, darah atau bahasa tetapi terikat dalam bentuk akidah. Matlamatnya
adalah untuk harta semata-mata manakala Islam meliputi kerohanian dan kebendaan
dengan memberi semua keperluan tersebut secara seimbang. Menurut demokrasi
Barat, kekuasaan rakyat adalah secara mutlak. Umat adalah pemegang kekuasaan
tertinggi. Umat boleh membuat dan membatalkan undang-undang dan segala
keputusan meskipun keputusan itu bertentangan dengan norma-norma susila atau
bertentangan dengan kepentingan manusia secara keseluruhan. Perkara ini berbeza
dengan Islam yang mana kekuasaan itu tertakluk kcpada undang-undang Islam.Umat
tidak boleh bertindak melebihi batas-batas yang ditetapkan dalam ajaran Islam.
Selain itu, beliau juga
menjelaskan bahawa Islam tidak dapat disamakan dengan sistem-sistem yang lain
sama ada faham autokrasi, teokrasi dan demokrasi dengan pengertian yang sempit.
Ini disebabkan kekuasaan tertinggi dalam Islam sangat utuh dan mantap yang
berpadu kepada umat dan syariat Islam. Oleh itu, umat dan syariat merupakan
pemegang kekuasaan penuh dalam negara Islam.
SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG ILMU BERLANDASKAN AL-QURAN
Islam telah memberikan sumbangan
yang besar dalam pelbagai bidang keilmuan, banyak penyelidikan dilakukan dan
ilmu telah berkembang dengan pesat berpandukan apa yang terkandung di dalam
al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya adalah bidang-bidang berikut, dan sebahagian
ayat al-Quran yang memandunya adalah:
a) Bidang Kimia : Firman Allah swt
juga yang bermaksud : “Dan kami ciptakan besi padanya terdapat kekuatan yang
hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia..” (al-Hadid : ayat 25) dan “Dia itu
Tuhan yang menjadikan untukmu api dan kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu
nyalakan (api) dari kayu itu” (Surah Yasin : ayat 80)
b) Bidang Biologi : Firman Allah
swt yang bermaksud : “...dan (ingatlah), engkau melihat bumi itu kering,
kemudian apa bila kami menurunkan hujan, bergeraklah tanah (dengan tumbuhan
yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan
berjenis-jenis tanaman yang indah permai” (Surah al-Hajj : ayat 5). Firman
Allah swt yang bermaksud: “Dan kami tundukkan binatang- binatang itu untuk
mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka
makan” (Surah Yasin : ayat 72).
c) Bidang Fizik : Firman Allah swt
juga yang bermaksud : “Bawalah kepadaKu beberapa ketul besi, sehingga apabila
besi-besi itu menyamai tingginya dengan kedua gunung itu, dia berkata, hembuslah
api, ketika besi itu menjadi cair yang berapi, bawalah kepadaKu leburan, supaya
ku tuang menjadi padu” (Surah al-Kahfi : ayat 96). “Allah yang menerangi langit
dan bumi, perumpamaan vahaya tuhan ini ialah seperti sebuah lubang yang tidak
tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu
seakan-akan bintang, yang dinyalakan dari minyak dari pokok yang banyak
berkatnya, iaitu zaitun yang bukan dari timur atau barat. Tuhan membimbing
kepada cahayaNya sesiapa yang Dia kehendaki, dan Tuhan membuat perumpamaan bagi
manusia, dan Allah maha mengetahui segala sesuatu” (Surah an-Nur : ayat 350).
Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Tidak mungkin matahari mendapatkan
bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang, dan masing-masing beredar
pada garis edarnya” (Surah Yasin : ayat 40)
d) Bidang Perubatan : Firman Allah
swt juga yang bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang
di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina
olehmanusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam-macam) bunga-bungaan dan
buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu). Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang
memikirkannya” (Surah an-Nahl : ayat 68-69).
e) Bidang Botani : Firman Allah
swt yang bermaksud: “Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk
kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan yang
pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu
dengan air hujan, tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan bermacam-macam
buah-buahan, sesungguhnya padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi
kaum yang berfikiran” (Surah an-Nahl : ayat 10-11). Firman Allah swt yang
bermaksud: “Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya kami menghalau
(awan yang mengandungi air) ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air
hujan itu tanam-tanaman” (Surah as-Sajdah : ayat 27
f) Bidang Astronomi : Firman Allah
swt yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah, (peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji” (Surah
al-Baqarah : ayat 189). “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang
benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap
satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing)
supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak
menjadikan semua itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.
Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi
kaum yang mahu mengetahui” (Surah Yunus : ayat 5)
g) Bidang Geografi dan Pelayaran :
Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan dialah Allah yang memudahkan lautan
(untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan
kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat
bahtera belayar di dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya
dan supaya kamu bersyukur” (surah al-Nahl : ayat 14). Firman Allah swt yang
bermaksud: “Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu
boleh berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu
boleh mencari daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan dia
telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya”
(Surah al-Jaatsiyah : ayat 12-13).
NUZUL QURAN DAN PERADABAN MANUSIA
PERISTIWA
Nuzul al-Quran antara perkara penting yang harus diingat dan direnung oleh umat
islam kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah yang diliputi
kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup
bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa. Peristiwa Nuzul Al-Quran
menjana perubahan dan membina peradaban umat. Allah berfirman bermaksud:
"Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat kepada seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)
Kalimah al-Quran, sering dicantumkan
dengan rangkai kata "Al-Quran mukjizat akhir zaman" atau "Al-Quran
yang mempunyai mukjizat". Disebabkan keutamaan inilah, Al-Quran berbeza
daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad
SAW. Sesungguhnya Al-Quran adalah mukjizat terbesar dianugerahkan Allah kepada
Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran menegakkan syiar Islam. Ketabahan
Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang hidup tanpa pedoman, jauh daripada
hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat Al-Quran.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku
pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad
SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi
lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada
Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya,
Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat. Penurunan ayat al-Quran
secara beransur-ansur mempunyai hikmah, antaranya tidak membebankan pesuruh-Nya
dan umat Islam pada zaman awal Islam, malah terdapat sesetengah ayat diturunkan
bagi menerangkan kedudukan sesuatu kes dalam masyarakat. Contohnya, dalam kes
Umar terhadap Rasulullah SAW yang mengingatkan kemungkinan ada antara mereka
yang menemui isteri Baginda bersikap tidak jujur. Sejurus kemudian, turun wahyu
Allah menjelaskan perkara itu, iaitu firman Allah yang bermaksud: "Wahai
Nabi, katakanlah kepada isterimu, anak perempuanmu dan isteri orang Mukminin
hendaklah memakai jilbab. Dengan demikian akan mudah dikenali dan tidak
diganggu. Allah Maha Pengampun dan Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
Waktu penurunan al-Quran mengikut
perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia,
Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan,
rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah
bermaksud: "Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil)."
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
Nabi menerima wahyu dalam pelbagai
cara dan keadaan antaranya ialah malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya.
Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia
sudah berada dalam kalbunya. Selain itu, malaikat menampakkan dirinya kepada
Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan
hafal kata-kata itu. Kemudian, wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara
inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar
peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi
terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun.
Setelah itu, malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang
asli.
Terdapat beberapa hikmah al-Quran
diturunkan secara beransur-ansur. Antaranya ialah ia lebih mudah difahami dan
dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika
diturunkan sekali gus dengan banyak. Antara ayat itu ada yang nasikh dan
mansukh, sesuai dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika
al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan ada
nasikh dan mansukh) Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku lebih
mengesankan dan berpengaruh di hati. Memudahkan penghafalan. Orang Musyrik
bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam
al-Quran yang bermaksud: "Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya
sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu
Kami hendak menetapkan hatimu." (Surah al-Furqan, ayat 32) Ada antara ayat
itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan
seperti dikatakan Ibnu Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana jika al-Quran
diturunkan sekali gus.
Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu
pengetahuan dalam segenap aspek, bukan saja suruhan dan larangan, malah
merangkumi cerita alam ghaib, teladan dan ilmu pengetahuan. Peristiwa Nuzul Al-Quran
mengubah dan membina peradaban umat kerana Al-Quran adalah hidayah, rahmat,
syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran
itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.
Sehubungan itu, peristiwa Nuzul Al-Quran
harus dihayati umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran
bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat asas utama dalam pengakuan
umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan Islam itu agama
benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah.
FIRMAN ALLAH
Firman Allah swt
yang bermaksud: “wahai
manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan
seorang wanita, lalu
kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling
berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang
paling taqwa di antara kamu” (Surah al-Hujurat : ayat 13). Ayat ini menjelaskan
tujuan penciptaan manusia dan ciri-ciri manusia yang hebat di sisi Allah swt.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Aku tidak jadikan manusia dan jin
melainkan untuk mereka dapat menyembah dan beribadat kepadaKu” (Surah
az-Zariyat : ayat 56). Ini ditegaskan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Tidak ada kelebihan seorang
Arab dengan seorang
„Ajam kecuali kerana
takwanya” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Kehidupan bermasyarakat
di kalangan manusia dijelaskan
oleh sabda Rasulullah
saw yang bermaksud: “Orang mukmin
itu dengan mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu
menguatkan bahagian yang lain”
(diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim). Sabda Rasulullah saw juga
yang bermaksud : “Bandingan orang-orang mukmin mengenai kasih sayang mereka,
belas kasihan mereka dan timbangrasa mereka adalah laksana sebatang tubuh, jika
satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai
sakit tanpa tidur dan merasa demam (panas)” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
PENUTUP
Informasi Al-Quran tentang manusia
secara umum dan perilaku mereka secara khusus adalah maklumat yang mutlak
kebenarannya. Kefahaman itu datang dan berasal daripada Maha Pencipta Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Berkehendak sesuatu yang berlaku ke atas hamba-Nya. Maka,
setiap detik jantung, turun naik nafas, bisikan hati nurani dan perbuatan zahir
dan batin semuanya dalam pengetahuan dan kehendak Allah S.W.T. semuanya ada
dalam pengawasan-Nya. Mana-mana teori yang dikemukakan oleh manusia tentang
manusia dan tingkah lakunya dapat diuji kebenarannya dengan al-Quran. Teori
yang tidak bercanggah dengan al-Quran, boleh diterima dan teori yang bercanggah
dengan al-Quran mesti ditolak dan dibetulkan.
Tamadun Islam hanya mampu dicapai
sekiranya ia terpancar atas dasar yang termaktub di dalam al-Quran dan
as-Sunnah. Hanya melalui al-Quran dan as-Sunnah segala nilai, prinsip, dasar
dan hukum dapat dibangunkan dengan sempurna dan mampu membimbing dan memandu
manusia mencapai perkembangan dan kesempurnaan hidup serta menyelesaikan segala
persoalan-persoalan yang berlaku. Melalui al-Quran dan as-Sunnah tamadun dapat
dibina merangkumi aspek pengabdian yang sebenarnya terhadap Allah swt, segala
amalan yang dilakukan berasaskan akidah, nilai kemanusiaan diutamakan daripada
nilai kebendaan, mengutuhkan institusi kekeluargaan, setiap individu dapat
berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan ruang lingkup
masing-masing dan kesejahteraan dapat dicapai samada di dunia mahupun di
akhirat.
RUJUKAN
- https://www.google.de/search?q=quran+saintifik+meneroka+kecemerlangan+alquran+dalam+membina+perdaban+manusia&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiAg4e8xrnAN
- http://biosystemengineering.blogspot.my/2012/04/pengenalan-kepada-al-quran.html? m=1
- quranmembinaperadabanmanusiagcuti.blogspot.my
- kecemerlanganalquran90.blogspot.my
- www.ilmuekonomi.net
- pengajianislam.pressbooks.com
- 076115tamadun.blogspot.my
- ctu551.blogspot.my
- membinaperadabanmanusia80.blogspot.my
- majalahalsuffah.blogspot.my


